Wednesday, 7 January 2015

kesultanan melayu melaka

kumpulan satu pengajian malaysia 

-muhammad asnawi bin md misran (23dls14f2004)

-muhammad aswat bin raja maideen (23dls14f2042)

-mohd firdaus bin yusri (23dls14f2060)


Sejarah kesultanan melayu Melaka 
Sinopsis

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun1400 -1403.
Pada awalnya Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu dikuasai oleh Siam). DiancamSiam apabila membunuh Temagi (pemerintah Temasik).  
Melaka mulanya merupakan perkampungan kecil-berkembang menjadi pusat perdagangan (Mengambil alih peranan Srivijaya)
Pengislaman Parameswara pada tahun 1414  telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Zaman Keagungan Melaka  adalah semasa pemerintahan Sultan  Mansur Syah dan zaman kejatuhan pula adalah zaman Sultan Mahmud shah


Faktor perkembangan

Pemerintah yang berwibawa.

Parameswara berasal dari pada keturunan diraja Palembang mengetahui selok belok pentadbiran sebuah kerajaan. Dapat menilai potensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil & mundur. Menjalinkan hubungan dgn China selepas menubuhkan kerajaan.

Bendahara Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik, berkhidmat di bawah  Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka
Hubungan diplomatik

Hubungan dengan kuasa seperti China, India, Arab, Siam
 Melaka mendapat perlindungan China (ancaman kerajaan Siam)
Memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah jajahan luas

Sistem pentadbiran yang teratur

Sultan Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu oleh pembesar 4 lipatan

Pembesar yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua.

Undang-Undang yang sistematik

Sistem pentadbiran yang teratur seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan kepada undang-undang Islam.

Pengurusan Perdaganganyang Cekap

Terdapat golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Mereka bertanggungjawab dalam hal perdagangan, perkapalan dan pelayaran 


KEISTIMEWAAN MELAKA

Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;

1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.

3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.



KEGEMILANGAN MELAKA

Pada tahun 1459Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar TunPerpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.