kesultanan melayu melaka
kumpulan satu pengajian malaysia
-muhammad asnawi bin md misran (23dls14f2004)
-muhammad aswat bin raja maideen (23dls14f2042)
-mohd firdaus bin yusri (23dls14f2060)
Sejarah kesultanan melayu
Melaka
Sinopsis
Sejarah
Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari Palembang,
keturunan majapahit, pada tahun1400 -1403.
Pada
awalnya Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu dikuasai
oleh Siam). DiancamSiam apabila membunuh Temagi (pemerintah Temasik).
Melaka
mulanya merupakan perkampungan kecil-berkembang menjadi pusat perdagangan (Mengambil
alih peranan Srivijaya)
Pengislaman
Parameswara pada tahun 1414 telah menjadikan
Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau
ini.
Zaman
Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan
Sultan Mansur Syah dan zaman kejatuhan
pula adalah zaman Sultan Mahmud shah
Faktor
perkembangan
Pemerintah
yang berwibawa.
Parameswara
berasal dari pada keturunan diraja Palembang mengetahui selok belok pentadbiran
sebuah kerajaan. Dapat menilai potensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil
& mundur. Menjalinkan hubungan dgn China selepas menubuhkan kerajaan.
Bendahara
Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik, berkhidmat di bawah Sultan
dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka
Hubungan
diplomatik
Hubungan
dengan kuasa seperti China, India, Arab, Siam
Melaka
mendapat perlindungan China (ancaman kerajaan Siam)
Memudahkan
Melaka untuk mempunyai tanah jajahan luas
Sistem
pentadbiran yang teratur
Sultan
Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu
oleh pembesar 4 lipatan

Pembesar
yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu pembesar berlapan, pembesar enam belas
dan pembesar tiga puluh dua.
Undang-Undang yang
sistematik
Sistem
pentadbiran yang teratur seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
yang berlandaskan kepada undang-undang Islam.
Pengurusan
Perdaganganyang Cekap
Terdapat
golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi.
Mereka bertanggungjawab dalam hal perdagangan, perkapalan dan pelayaran
Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
KEISTIMEWAAN MELAKA
Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
KEGEMILANGAN MELAKA
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar TunPerpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
No comments:
Post a Comment